SALAM AKU DAN SEMUA UNTUK SEMUA

SALAM...tidak mengira usia..bangsa dan darjat..blog ini utk semua berdasarkan pengalaman apa yg dilihat..dilalui..disentuh..didapati..akan disuratkan di blog ini dan menyampaikan yang tersirat dan kongsi bersama.
-sekian-

Pages

Wednesday, May 30

SHIRO


bukan utk membanggakan tapi aku terpegun dgn apa yg shiro telah lakukan.
shiro ialah seekor kucing...tapi dia terlalu bijak pada aku.
asalnya drpd baka kucing parsi dan mama dia kucing siam.
dia yg paling kecil dlm 6 beradik semasa dilahirkan pada 13.01.2012.
cukup 2 bln setengah...hubby bagi shiro pada ain sebagai hadiah hari lahir ain ke-11.
waaaa...untung kau ain. org lain kena beli dgn harga RM450 paling kurang...kau dpt free off charge! untunglaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...!!!
aku ingat lg masa bawa balik shiro.
hahahaha...kalau baby tu agaknya dia meraung sampai nk terkeluar anak tekak kot.
dia mengeow mcm aku pukul seksa dia. sampai suara dia serak dan masa aku tinggalkan sekejap di rumah mak cik...dia diam termenung...
bila aku teringat semula...kasihan.
aku terbayang seorang budak yg dikurung dan dibiarkan...mana entah mak bapak dia. Huhuhu!
sebak aku rasa.
asal nama shiro ialah dhia..hubby bagi.
tapi pada aku aku dhia tu mcm nama orang so aku bg nama shiro.
mcm nama anjing sin chan.
xpelah...janji best nama tu.hahahaha.
nasib baik shiro x barking.hahahaha.
selepas sebulan aku tinggalkan shiro dgn ain...shiro berubah!
asalnye yg suka menyoprok belakang almari TV...tapi sekrang lincah bermain.
dan yg paling aku kagum...dia buang air besar & kecik dlm toilet!
memang tak ada sesiapa yg ajar.
mungkin dia terikut cara mak ajar comot membuang uk uk dlm tandas kot.
setiap pagi shiro akan kejutkan semua org dlm rumah utk bangun tidur.
last week masa gi terengganu jojo, kiki dan phia tinggal dgn mak.
kucing2 tiga ekor ni memang xpandai buang air dlm tandas tapi disebabkan shiro...diorang buang air dlm toilet! Mak kata, jojo takut dgn shiro. Kalau jojo kiki dan phia nmpak something wrong somewhere…shiro dating dgn salah sekor ni dan mengerang mcm marah.
Apa lagi…mencicit la si kucing2 ni ke tandas….dan membuang.
Hahahahahaha! Sangat bagus.
Tapi yg kelakarnya…asalnya…tiga2 ni tak suka tidur dlm cage. Tapi skrg kalau dah masuk cage, tak nak keluar. Tidur memanjang tiga2! Mana taknya abah siap pasangkan kipas angin kat tepi cage tu.hahahahaha.kelakar.
Masa nak balik ambil joki phia ni, shiro bangun awal. Di macam sedih.yelah…mak dgn ayah dia (jojo kiki) dah nak balik. Dia follow jer mana aku pergi masa tgh bersiap tu.
Takpelah shiro…emak dgn abah kan ada. Dia suka ngikut emak sebab 24seven dia mengadap emak kan…dia xnak keluar rumah kalau mak tak keluar.
Pada aku shiro smart cat. Walaupun ada comot…shiro aku syg!

 hi! my name shiro..meow!

argh! timang2...rimas lah!
*tu bukan blusher yer...tercium inai kat tangan emak.hahaha!*

help!help! jauhkan dia dr saya!

itu lah shiro...buah hati kami satu rumah. comot teman baik dia.tapi comot susah untuk bergambar.
lagi pun comot tgh pregnant so dia bnyak bawak diri.
i love shiro.







Tuesday, May 29

My Journey To The East

Da lama betul aku menyepi.hahahah..
tup tup...aku di luar KL. Holiday maaaaaa!!!!
Aku telah menghabiskan 5 hari aku di Kuala Terengganu dan hari ni baru mengadap PC kt ofis..mean masuk kerja semula lah tu. Aku sangka perjalanan dlm 6 jam jer…tapi  12jam!hahahaha…penat tak payah cerita..lapar memanjang shj  sepanjang perjalalan lapar memanjang. Paling syok bila aku da turun highway LPT..hehehe…kitorang turun kat Jabor dan aku x pernah sangka aku akan melalui laluan tepi pantai sepanjang perjalanan…melalui Cherating…Pantai Batu Buruk…Bandaraya Kuala Terengganu.
Kalau dah ke Terengganu mesti x lepas ke Pasar Payang. Tapi biasalah…kalau ber’shopping’ dgn lelaki ni mana boleh sama naluri nafsu nafsi shopping org perempuan. Sekejap sahaja aku ada kat Pasar Payang tu. Beli keropok keping dengan telur penyu. Aku tak banyak berjalan sangat tapi sempat mata jeling2 sutera Terengganu.*urgh!!!tensionnye xdpt sebat sebutir...huhuhu.
Kalau bab makan..memang puas! Sebab aku asyik dibawa pergi makan sokmo! Hahahaha!! Manalah  tak bertambah heavy weight aku ni. baru sampai Kemaman makan lebih 10 biji satar. Then makan laksam.Pergi pantai airport makan sotong celup tepung sepinggan…ikan kembung celup tepung…udang celup tepung. Makan F.O.C beb!! THANK YOU kak ani coz belanja makan…berkat ikhlas…aku kenyang sehari suntuk..hahaha.petangnya pula aku dibawa pergi rumah kawannya pula. Makan keropok lekor..pergh!menyengat rasa ikannya! Pergi bandar lunch makan sotong bakar pula.isy...sedap sangat! Keesokannya pergi pantai Telok Ketapang. Pekena seekor sotong celup tepung lagi! bila sarapan pagi makan nasi minyak dgn nasi dagang. tak lupa makan nasi gulai kawah kenduri orang kahwin.kat Selangor atau KL xder...kalau ada pun oarang buat niaga.pergh!memang super heaven kat sana. dah la di layan macam tuan puteri.ahaks!
Aku rasa kali ni ke Terengganu memang gila...GILER MAKANG! sampaikan bila mak aku call dia kata aku asyik makan jer...apa nak buat mak...semua ditanggung beres.maunye xnak tolak.rugi...rugi...rugi. hahahaha.
Perbezaan makanan Terengganu di Terengganu dan makanan Terngganu yg di jual di KL & Selangor sangat2 berbeza dan kepuasannya betul2 Hor LiAw!!!!hahahahaha.
asyik cerita makan jer...belum lg kisah aku belajar bahasa Terengganu.hahaha. 
Memang kena bahan jer lah aku ni...contoh:
rial - Rinngit
cucuh - balance duit
meh - persamaan / sepadan
pauh - mempelam
tubik - keluar
gomol - gaduh
supik - plastic bag
kepok - keropok
samah - 50sen
ooo...kalau nak di list kan terlalu banyak yg aku belajar. Sampai mengekik2 orang sekeliling menengok dan mengajar aku belajar nak fahamkan apa mereka cakap. Tapi yg penting aku ada semangat nak belajar.
Satu benda silap..aku xada camera.so certain gambar shj aku dpt tangkap.tu pon gambar aku dgn dia shj.
tak mengapa...bulan oktober nanti...aku akan datang sana semula.
apa pun..Jorney To The East sangat menyeronokkan dgn layanan semua pihak yg sangat2 baik terhadap aku.
dan Terengganu sentiasa di hatiku. Redang Island..my next vacation..insyaallah.

Tuesday, May 22

KOSONG

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu
Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu...

Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...


Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...


Kini aku bangkit

Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar....
Ooo..ooo...

Kosong...kosong...


Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa..

Kosong .. kosong ..


Setiap detik diperhatikan

Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku...

Kosong...kosong...


Segala kata cacian

Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa...

Kosong...kosong...


*huhuhu,,,why me???*


Monday, May 21

marah kah aku?


Semalam dan hari ini
Aku memang meng’spoil’kan 2 hari aku
Dengan menyusahkan 2 pihak
Ntah lah… mana fikiran aku ketika itu?
Kadang2 aku cuba untuk jadikannya sempurna…tapi sebaliknya terjadi!
Selalu jadi macam tu.
Mana silapnya?
Hukuman atas dosa aku kah ini?
Salah kah niat aku niatkan?
Mereka boleh memarahi aku terus mcm mesin gun…
Sebab aku tak membalas serangan mereka itu!
Kalau aku menjawab mesti ledakan nuclear berlaku kemudian yang mungkin akan menghancurkan 3 pihak pula!
The best way  is…DIAM!
Aku terima sahaja makian mereka itu…
Aku telan kemarahan mereka yang pahit itu…
Aku dengarkan shj walaupun rasa bernanah telinga ni…
Aku terima shj walaupun hati aku sakit…walaupun aku buat2 aku xsakit!!!
Tapi aku terfikir juga…
Mereka ni xfikir perasaan aku ke?
Mungkin sebab marah sangat pada aku.
Aku tahu…aku tahu aku salah.
Tapi apa salahnya sabar dan dengar dahulu penjelasan aku
Apa sebabnya..mana masalahnya…
Kenapa mereka xmcm aku?
Tak sedarkah mereka…?
Tak takut kah mereka andaian dan rumors yang mereka buat tu x betul???
Tak fikir ke perasaan yg di tuduh tu??
Dengar dahulu…bukan menilai dgn pendirian sendiri sehingga menyakitkan hati aku
Aku mangaku  salah aku…memang salah dan kecuaian aku
Tapi kenapa nak menilai aku dengan perkara lepas!
Aku di marah seperti tak ada ampun.
Biarlah…
Bahagia agaknya mereka dgn cara mcm ni
Aku nak marah  tak berbaloi pun sebab mereka yang panas…
Tapi api mereka akan padam juga nanti
Dan api tu pun dah padam pun dlm diri mereka…Alhamdulillah…
Ya, Allah..ampun dosa mereka kerana merak xbersalah pun…amin
DAN biarkan aku yg pendam api marah ni…
ampunkan aku Ya, Allah kerana membuat meraka marah dan menambahkan dosa mereka….amin!
Aku  mcm lilin..menyala…panas…tapi menerangi orang lain demi kebahagian mereka
Pesanan utk diri aku…
Tak guna marah kalau salah sangka…
Baik diam dan setelkan sendiri dan mengaku salah sendiri
LEARN FROM MISTAKE.
Perbaiki salah aku dalah yg terbaik.
 *okey...aku salah..ye ngaku...tolong lah jgn mrah lagi..huhu..*

Wednesday, May 16

SelaMat HarI IBU.... emak.

13 may lepas merupakan hari ibu
aku bukan lupa
cuma aku sedih kerana...
aku xmeraikannya bersama emak aku...
apatah lagi mesej...
kejam sungguh aku!
tapi aku akan balik minggu ini dgn kejutan utk emak...
dgn motif utk emak sihat...
(mungkin korang xfaham niat motif aku tu)
aku rindukan emak aku.
aku teringatkan emak yang lately ni sentiasa dalam kemurungan
emak aku masih sihat dan sentiasa mendoakan emak sihat
tapi akibat faktor sekeliling...dia xbermaya
perlu di ajar senyum semula
EMAK...don't worry...
kami berlima akan ada dgn emak dan mengembirakan emak
we love u mak...so much.
aku masih teringat lg...2 tahun lepas emak menjaga aku di hopital..
dia sanggup tidur dia atas kerusi...dan tidur di lantai beralaskan comforter
(manusia yg diharapkan utk membantu aku dgn emak memang tak boleh di harap langsung ketika itu!!)
masa aku operation...dia sesat cari jalan balik ke dewan bedah...
masa tu juga dia xmakan lebih 12 jam!
aku ingat lagi masa aku nyawa2 struggle utk hidup...emak lah yg selalu ada di sisi aku
emak curi2 masuk bg air pada aku yg terlalu dahaga dlm emergency room
then emak papah aku selalu
emak masak utk aku
emak jaga aku masa aku demam panas lepas keluar ward...mmg dari kecil aku mudah kena demam panas dan emak lah insan yg paling setia menjaga aku
(emak memang akan susah hati sampai sekarang kalau tahu aku demam walaupun sikit)
terlalu banyak pengorbanan emak pada aku
aku..sebagai anak..aku terlalu malu pada dia
sebab belum ada satu pun budi emak yg aku balas
kadang2 aku tertanya2...bilakah aku nak buat emak aku bangga dgn aku dan kadang2 aku ras tak berguna dan malu pada emak
pengorbanan emak terlalu besar
agaknya kalau disuruh berenang dlm lautan api yg bergelora pon emak sanggup demi anak2 dia
aku bangga dgn emak...aku sayangkan emak sangat2.
doa aku buat emak semoga emak diberi kekuatan dan kesihatan yg baik serta dilimpahkan rezeki yg baik2...dan yg paling penting umur yang panjang..amin 
I Love You mak...

Monday, May 14

bye..bye...papa aliya...

ini majlis perpisahan kawan2 arif
da lama da sebenarnya...
lagipun tak ada lah jauh mana pon arif ni kena tukar..
ke B1 je...masuk MJU tempat asal aku dulu..
hahahaha...(sedikit ketawa okey...poyos!)
tak ada apa nak diceritakan sangat punn 
cuma kitorang kehilangan papa aliya yang hero kat sini...
hehehehe
Mr. arif a.k.a papa aliya yg diraikan
ketua majlis ye...and master mind
ahli sidang majlis yg bila makan da tak hengat ape2 okeeey.....
menu utama...AYAMAS!!! yummmi!!




LANGKAH KESELAMATAN KETIKA KEBAKARAN.

Sudah lama tak menulis dlm blog ni
bukan busy, tapi keadaan tidak mengizinkan.
aku ni baru balik dari dengar ceramah tentang kebakaran...
input yg aku dapat...BAAAANYAAAAAK sangat dan sangat berguna
dan aku berterima kasih pada penganjur...(MKL la....tempat aku kerja)
kalau tak ada ceramah ni agaknya...kompom ramai yg mati terbakar dekat tangan aku termasuk aku 
(tu pun kalau aku berani nak selamatkanlah...)
banyak kesedaran aku tentang kemalangan dan kematian ketika kebakaran di luar jangkaan aku
sudah tentu lah ramai yg panik akan terjun ke bawah kalau diorang berada dalam bangunan yg tinggi
tapi sebenarnya selimut/kain tebal, pasir, air dan cara berguling2 setelah badan dijilat api adalah cara yang SALAH sama sekali!(hurm...baru aku tau tadi)
ini krn ianya akan mendatangkan kesan sampingan seperti kulit tertanggal pada kain atau selimut tersebut, kulit akan terkena bakteria dan pasir melekat pada kulit kalau guna pasir, guna air pulak...kulit akan melepuh dan kalau guling2 nanti kulit melekat kat lantai....mangsa akan menderita sepanjang hayat mereka tu pun kalau mereka panjang umur. sebab bila kena api kulit dan daging kita cair...bak kata nenek aku..mcm daging dipanggang tinggal nk cicah air asam (sanggup ke?)...atau adik aku kata kena baberque..hahahaha!
so cara yang terbaik ialah alat pemadam api sebab ianya memang multipurpose yeee.....bukan sekdar pada barang malah pada badan manusia..dan yg ada label ABC.
dan lagi satu di luar jangkaan aku sebenarnya...bahawasanya asap juga boleh mencederakan tubuh mangsa kebakaran...bukan api sahaja tau!
asap yg mengandungi toksik atau beracun boleh mengakibatkan pelbagai masalah pada tubuh badan mangsa...bukan shj memberi racun pd tubuh malah melecurkan sekali.ngeri oooo!
kasihan tengok visual yg dipaparkan...mangsa akan mengalami cacat kekal...erti kata sebenarnya...sepanjang hayat menderita....dan mereka mungkin akan berfikir setiap hari lebih rela mati daripada hidup dan kenapa tak mati masa kebakaran tu.
ending ceramah tu...hahahahahahahaha...dia mepromosi alat2 keselamatan - fire extinguisher, mask dan fire alarm - tu pada kami semua.
aklu tertanya2...apa motif sebenarnya ni?
2 in 1 ke?
aku syukur dapat ilmu baru dan sangat bagus...tapi ending dia xbest.
memang tidak memaksa...dan berulang kalai penceramah yg cun tu kata kami bukan jual barang laaa...tiada paksaan la tetapi kenapa siap ada pembakal yang akan bagi harga diskaun kalau beli satu set denga harga lebih kurang RM500 tu jika order hari ni?dan bukan sekali di meng'psiko' kami dgn cerita kecelakaan kebakaran yg menderitakan mangsa malah berulang2 dan hampir 30minit dia mengulang hujahannya itu yang berkaitan dgn alat tersebut. siap sebut waranty!
bukan utk mebidas...tapi terpulang pada individu utk menilai..nak beli, tak nak sudah.
tapi aku memang suka ceramah tu tadi yang banyak sangat input berguna untuk aku.
semoga di simpangkan malapetaka ini dlm hidup aku...insyaallah..amin.

*P?S:-pada abang2 dan kakak2 bomba...saya sangat berbangga dengan anda!

Wednesday, May 2

PERCAYA PADA KU

Aku tak tahu apa yang ku rasakan
dalam hatiku saat pertama kali
lihat dirimu, melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
detak jantungku berdebar tak menentu
sepertinya aku tak ingin berlalu
Berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
Ku berikan cintaku juga sayangku
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku
saat ku tahu kau akan pergi jauh
izinkan aku tuk selalu menantimu
untuk katakan ku ingin dirimu
agar kau tahu betapa ku terlalu
mencintaimu aku akan menunggu
hingga dirimu kembali untukku
tolonglah aku bagaimana diriku
ungkapkan itu rasa yang membelenggu
dalam hatiku ku cinta padamu
berikan cintamu juga sayangmu
percaya padaku ku kan menjagamu
hingga waktu menjemputku