SALAM AKU DAN SEMUA UNTUK SEMUA

SALAM...tidak mengira usia..bangsa dan darjat..blog ini utk semua berdasarkan pengalaman apa yg dilihat..dilalui..disentuh..didapati..akan disuratkan di blog ini dan menyampaikan yang tersirat dan kongsi bersama.
-sekian-

Pages

Thursday, April 26

MING MING

Semalam B jumpa kucing jenis bengal.
aku terkejut!
COMELNYA!!!
Siapala sanggup buang kucing secomel ini?????
GILA KE BUANG KUCING CANTIK NI??
dah lah harga kucing ni mahal.
dan yg aku hairan...siapalah yang sanggup buang dia dlm bangunan mahkamah ni?
dah la sejuk dgn air cond yg terlalu kuat.
KEJAM!
Allah Maha Mengetahui dan Memahami
Kucing tu keluar di hadapan orang yg suka kucing..
rezeki B..kucing yg diidamkan keluar merangkak lemah perlahan2.
letak dlm kotak beralaskan kertas yg dicarik2.
kasihan...kucing tu sgt2 lemah.
fikir punya fikir...dptlah nama..MING MING!
hehehehe....
mcm cerita BOBOIBOY lak.
aku bawa balik dan terus ke klinik haiwan dgn yana.
rupa rupanya Ming Ming tak ada tempurung kepala di bahagian hadapan.
patutlah dia asyik sembamkan muka dia ke bumi...kasihan...
dan muka Ming Ming senget sebelah
berpandukan nasihat doctor veterinar
aku ikut semua yg dia ajar
dgn harapan dapat bantu Ming Ming sembuh, sihat dan aktif mcm kucing biasa. 
aku nak sangat2 jaga Ming Ming
malam td selepas Ming Ming jamah wet food melalui suapan, aku bg dia tidur atas bantal kusyen aku dgn besrselimut
dan yg penting doctor kata letak tuala di kepala Ming Ming utk support otot kepala dan leher dia...
pagi tadi sebelum aku pergi kerja
aku bg Ming Ming vitamin dan air
tapi..dia xbuka mulut langsung...habis meleleh keluar ubat dan air 
kepala Ming Ming xsekuat semalam...mula terkulai
mata xterbuka langsung...
dan degupan jantung dia sangat laju dan dada dia berombak kuat!!!
aku panik!
aku telefon B...dia minta aku bawak Ming Ming ke office
sampai di office B pegang dia..
alhamdulillah, mata Ming Ming celik...walaupun dada dia masih berombak krn nafas yg laju dan degupan jantung laju.
aku gembira sangat2...macam ada satu shining blink blink terpancar...
mcm semalam pagi ni Ming Ming tidur dlm box bertilamkan bantal kusyen aku
dan yg penting towel dan selimut dia
dlm beberapa jam aku jengok Ming Ming...
aku hampir terduduk....
Ming Ming dah xbernafas..mulut dia ternganga.
aku cari B..tp xada.
hanya allah yg tahu apa aku rasa masa tu.
aku beritahu yana..terus dia bangun...
aku pegang keempat-empat tapak kaki Ming Ming...sejuk
tgh hari tadi aku dan B semadikan Ming Ming di tepi kaki bukit behampiran parking awam
bawah pokok...semoga jasad Ming Ming teduh...tak panas.
Ming Ming mungkin ini yg terbaik utk Ming Ming...
daripada Ming Ming terus menanggung keperitan kesakitan
dan....pembalasan utk yg kejam buang Ming Ming biar tuhan yg balas!
walaupun baru 24 jam bersama2 Ming Ming..
sayang pada Ming Ming sudah wujud...
I Miss U Ming Ming...

*tiada gambar Ming Ming...xsampai hati utk post gambar dia disini.*






Sunday, April 22

SERABUTNYAAA!!!

beberapa hari lepas emak call.ntahla...berkecamuk rasa hati ni.berbelah bahagi.
selepas perbualan tamat...aku masuk bilik semula...
terngianga2 emak bagitahu adik2 kecil bertanyakan aku.
aku tersepit dlm bayangan gelak tawa adik2 aku.
tapi bila mengenangkan apa yg emak aku sampaikan aku jadi serabut...sangat2!
aku terusmemandang yana yg sedang khusyuk menonton.
ingin aku luahkan...
tapi xterdaya...aku malas utk membuka mulut dan keadaan aku yg semakin tertekan!
semalam...hari aku dihabiskan di bilik sahaja.
tak sihat..dan masih terkenangkan apa yg telah berlaku dlm hidup aku.
satu persatu dugaan dan cubaan buat aku.
tension??hurm..allah taala maha mengetahui.
dan saat2 itu aku memerlukan seseorang utk menemani aku.
aku tidak memerlukan kata2 peransang...atau penasihat bertauliah...
tetapi cukuplah sekadar menemani aku dan bersama2 aku...dan buat aku kembali tersenyum.
namun tiada..dan akhirnya aku lari ke bilik yana.
malam tadi sukar aku membuaikan diri aku dlm mimpi.
setiap jam aku terjaga.mujur dia belum balik kerja dan boleh mesej2 dgn aku.
aku masih runsing utk program minggu ini..sama ada balik atau tidak.
kekuatan aku kalah apabila adik2 bertanyakan aku.
tetapi terlalu banyak program disini..namun aku boleh abaikan....
dan tetapi lg...wan pula ajak balik minggu hadapan.
ntahlah..
bukan salah kami...tapi emak....lihatlah apa yg telah berlaku pada kami berdua sehingga tertekan yg amat sangat.
kami membela emak..tapi kenapa ini yg kami dapat?
aku rasa utk hari ni...cukuplah sampai sini.


Thursday, April 19

Nasi Lemak


assalammualaikum
selamat pagi...
da sampai ofis...
mcm biasa...
apa menu pagi ni?
mee goreng?
meehoon goreng??
donut??
roti?
biskut?
ntah la...
tiba2  izwan tegur..
nak makan ape?
nk belanja...
huhu...aku salah dengar ke?
akak nk nai lemak?
hahaha...
2sebab aku ketawa..
1..yeker dia nak belanja ni???
2...sorry adik oi...akak ko ni berpantang
mmg pantang jumpa dgn nasi lemak
kali ni...pantang dgn lemak nasi lemak
tapi tiba2 aku tersa lapar teramat2..
lapar nasi lemak!
wan..kalau kau nmpak aku mengadap nasi lemak...
salah kau goda aku dgn NASI LEMAK!!!
muwahahahahahaha!!!

Benci..Kenapa!!??

Bengangnya aku
Ke mana2 aku pergi
Pasti ada sahaja yg menjengkelkan...
Adakah itu satu perasaan yg sengaja aku wujudkan??
Atau mereka itu sendiri yg mewujudkan??
atau xsengaja???
Semakin aku amati...
semakin ramai yg menjengkelkan...
sakit hati aku???
huh!
tuhan sahaja yg tau
Bagaimana aku nak meluahkan?
Bagaimana aku nak menghadap?
Macam mana aku nak melupakan?
Adakah aku ni yang menjengkelkan sebenarnya?
Bukan Tak Nak berubah...
TAK!!!
tetapi semakin aku cuba menghilangkan kebencian itu...
dia semakin datang.
OPS!jgn sangka ex-boyfriend aku
tiada lg dlm kamus hidup aku utk dia.
NO! NO! and NO!
NEVER!!
tapi pada mereka yg menjengkelkan ini..
GILA KUASA!
GILA NAMA!
GILA AMPU!
GILA BERKONTROVERSI!
GILA DAN GILA!
tiada hati perut...
penuh dgn kebencian...
penuh duniawi...
utk kepentingan sendiri!!!
kadang2 aku serba salah
utk membela diri dan pihak yg benar
namun tersungkur kaku tiba2.
Tergamam...
tapi sedarkah mereka?
sampai bila mereka akan terus begini?
memporak perandakan sesama manusia...
menjatuhkan maruah sesama insan...
menikam tajam sesama makhluk...
aku kesal..
terlalu sedih...
apatah dgn diri ini yg sentiasa ada kebencian.
mampukah aku menangung beban ini...
dan dosa kebencian?
sampai bila...?

Wednesday, April 18

SKIZO


Semalam aku menonton telemovie
SKIZO di TV9 jam 8.30mlm
Pelakon – Yasmin Hani, Ungku Ismail Aziz dan Nabila Huda
Aku teruja dgn tajuk cerita ni…sebab tu aku tunggu dpn TV sebelum 8.30mlm
Awal cerita aku teruja sebab memaparkan pasangan suami isteri yg loving…then si suami- Azlan (lakonan Ungku Ismail Aziz) yg boleh menerima kenyataan si isteri-Aisyah (Yasmin Hani) yg tidak boleh mengandung dan mengalami tekanan atau skizofrenia. Apatah lagi Aisyah  menjadi tertekan sehingga sering minta cerai apabila mak mertua dia (hamidah wahab) mahu anaknya kahwin lg satu bg mendapatkan zuriat keluarga.
Tengah cerita..aku jadi geram dgn sikap Suzana (Nabila Huda) yang mengganggu kehidupan Aisyah apabila si suami out station ke luar negeri. Suzana mengajar Aisyah ini utk menipu suami. Dgn  bermodalkan kandungan yg dikandungnya yg dikatakan hasil hubungan luar nikah dgn boyfriend dia Shahrul, dia mengajak menipu dgn mereka tinggal sebumbung dan tipu kata Aisyah juga turut mengandung.dan apabila selepas melahirkan suzana akn lari dan anak itu akan dijaga sepenuhnya oleh Aisyah. Dalam tempoh mengandung bulan ke-7, setelah suzana meninggalkan Shahrul…Shahrul kembali semula dan minta RM100k pd Aisyah sbg ugutan utk memecahkan tembelang mereka berdua. Walaubagaimanapun Shahrul telah ditikam oleh Suzana yg cuba meghalang Aisyah ini dr jadi bendul dan bodoh utk mengikut kehendak Shahrul.
Sehinggalah selepas suzana keluar dr rumah itu selepas melahirkan bayi lelaki dan Aisyah menjaga menjaga bayi tersebut yg dinamakan Daniel. Namun begitu Aisyah sering didatangi gangguan jelmaan Shahrul yg telah mati dibunuh. Yg kerap kelihatan menjelma di dalam rumah. Keadaan ini mengganggu Aisyah ehingga terbawa2 ke mimpi. Sehingga satu malam… berlaku pergelutan antara Aisyah dgn Suzana yg muncul semula secara tiba2 kerana ingin mengambil semula Daniel dan bayi itu tercampak diruang laman dr tgkat atas rumah Aisyah. Aisyah cuba mencekik Suzana dan aksi itu dilihat oleh suami dan mak mertuanya. Mereka kata tiada sesiapa melainkan Aisyah di balkoni bilik itu dan Azlan menjadi fed-up  akhirnya dgn Aisyah. Dan dia dibawa ke hospital psikatris.
Apa yg aku geram sangat dan cerita ni sangat unik + best…segala apa yg terjadi pada Aisyah adalah rancangan jahat yg dibuat! Rancangan jahat yg dibuat dan direka oleh Azlan (suami kpd Aisyah), Suzana (rupanya 2nd wife Azlan atas pilihan mak mertua Aisyah, emak mertua Aisyah dan jga Shahrul (yg rupa2 nya… adik kpd Suzana)!!!! Aaaarrrrgghh!!!semua skizo yg telah berlaku ke atas Aisyah adalah rancangan yg direka oleh mereka!!!! Mereka berja buat Aisyah betul tertekan shingga buat Aisyah konon2 skizo dan bg org lain percaya. Memang sakit hati dgn Azlan…aku punyalah bangga si suami yg tabah dan boleh menerima kenyataan kekurangan isteri pada awal dan tengah cerita..sampai nak habislah…tetapi..ending..dia PENIPU…bertopengkan syaitan. Apatah lg dgn 3 org lg tu…mak mertua, Suzana dan shahrul. Semua ni angkara nk kan harta Aisyah yg merupakan anak yatim piatu yg kaya raya.

Semua ni angkara nk kan harta Aisyah yg merupakan anak yatim piatu yg kaya raya. Dan kaya lah mereka setelah segala share Aisyah berpindah milik kpd 4 org tamak yg sanggup menyeksa jiwa raga Aisyah. Lagi mereka hepi hurarei apabila pihak hospital psikatri mengeluarkan surat dan mengesahkan Aisyah mengalami sakit SKIZOFRENIA.
Aku pun tak terfikir…ending cerita ni begini.sangat sakit hati…sangat geram sehingga aku terbayang2 lg sampai skrg muka kejam mereka setelah puas buat Aisyah tertekan shingga sanggup menipu utk buat Aisyah skizofrenia.
Harap2…tiada reality untuk perkara sebegini.
What comes around..will comes around….
Wallahua’lam.

Monday, April 16

Menu DIET 7 Hari...drastik kot...Tapi.....


Tadi aku jalan2 tengok blog2 bloggers...
Last2 aku terpikir untuk cari menu kesihatan
Sampai kat satu tajuk ni...Menu Sihat 7 hari..
Blogger dia  ialah PuanBee & Lifestyle...
Aku baca dan amati...
(ooo..dia pun ada nyatakan sumber dari Remaja Karangkraf)
okey bagus da drastik sikit la pada aku...
TAPI......
kesan dia insyaallah kalau berDISPLIN mengamalkannya.
 
Hari 1 (Tiada nasi)
(buah + minuman yang sihat & semulajadi)
  • Makan semua jenis buah kecuali pisang.
  • Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
  • Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
  • Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
  • Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari 2 (Tiada nasi)
(Sayuran berdaun hijau + sup + kentang putar tanpa mayonis & mentega)
  • Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
  • Kamu TIDAK DIBENARKAN makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
  • Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
  • Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
  • Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
  • Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
  • Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari 3 (Tiada nasi)
(menu hari 1 + menu hari 2 , tanpa kentang putar )
  • Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
  • Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
  • Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram.
  •  
Hari 4 (Tiada nasi)
(pisang + susu rendah lemak - ambil sebanyak mana mampu + sup)
  • Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
  • Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
  • Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
  • Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.

Hari 5 (Tiada nasi)
(daging ayam /  ikan + 6 biji tomato + sup)
  • Hari untuk daging dan tomato.
  • Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6 biji tomato segar.
  • Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
  • Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.

Hari 6 (Tiada nasi)
(daging + sayur  berdaun lain + sup, tanpa kentang putar )
  • Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
  • Makanlah apa saja jenis stik kerana ia BAIK untuk kandungan JANTUNG.
  • Tetapi JANGAN makan kentang putar.
  • Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
  • Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.

Hari 7 – ADA NASI (dengan beras perang shj)
(NASI beras perang shj + jus buah kurang manis + sayur-sayuran + sup)
  • Makanlah nasi menggunakan beras perang.
  • Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
  • Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.                   
apa pun Displin yg kuat perlu ada.
untuk aku...Selamat Mencuba...
hahahahaha.
(thanks to sumber...puanbee & lifestyle)

Pagi selasa yang.....AAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRGHHH!!!


6pg :
Aku mandi awal sbb B akan ambil aku pergi kerja pagi ni dan minggu ini..
Disebabkan bilik mandi lampu rosak…
Berbekalkan lilin yang diletakkan oleh kak mai aku gunakan
Tapi satu cubaan aku pg2 ye…time nk pasang lilin tu ibu jari kanan aku kena api mancis (lighter).
Mak ai! Allah je tahu sakitnye!
ada belon kecik kat jari ni... ADOI!!
7pg :
Pg2 B da mengarut2 membebel…
Aku pon terjebak…
Mcm biasa...nk reda dua2 diam sbb dua2 bengang
Pastu okey…g breakfast sama.
Sambung buat CD2 xsiap utk satu firma ni…
ISY!!! Firma ni mmg membangkitkan kemarahan aku setiap hari! Memang aku nk ‘ZES’ firma ni one day supaya faham BAHASA!!
8pg:
Kerja2 da siap…
Mulakan diri dgn persiapan utk tugasan hari ini
Mula2 aku sambung kerja yg madam arahkan aku utk dia bawa masuk meeting dgn lawyers.
Da siap proposal tu…(proposal la sangat)…aku tunjuk pd pihak sepatutnya dgn niat utk tanya pendapat dan xnak burukan nama dia juga. Sebab aku tau papehal nnt dia jugak kena ZES dgn madam nanti. Dan aku xnk jadi isu bebrangkit di belakang aku dan aku akan di labelkan kawan tikam kawan!
Tapi proposal aku xsampai ke madam sebaliknya masuk dlm bakul sampah!
Pertanyaan aku tidak dijawab tapi menarik muka bengang! 
(riak muka itu aku tafsirkan sebagai muka bengang)
Yela…mungkin dia fikir cara aku ni akan menjatuhkan dial g dan aka dimarahi madam.
Aku akur dan pasrah…kerana kawan aku jd tunduk…memang xprofesional…tapi aku fikirkan kawan.
Kesusahan aku terhadap kebodohan company tu akan aku tanggung sampai bila2 selagi company ini xdi tegur dan diberi amaran dalam meeting!
Biarlah…
Tapi..dalam hati aku seperti ada segumpal darah yg membeku krn pendam rasa serba salah dan sedih bercampur persoalan…
8.30pg :
Aku bosan…kerja da siap..hati masih berbekam…
Aku cari blog utk aku jalan2…
Redakan tension
Entah mcmne tgh khusyuk…tiba2 pengawas datang tanya nama
KANTOI la plak!!!!
Aku terpandang muka dia yg membuat aku membayangkan segala yg buruk dan hodoh!
Hahahahaha!!
(ntah bila masa dia datang aku xperasan lak....)
Aku bukan marah dia ambil nama aku
(bukan bengang sebab itu)
Tapi aku marah dgn attitude dia dan tidak professional dan lg …dot dot dot itu!
Suwei betul aku arini…aku harap tgh hari ni sampai ke malam perjalan aku okey.
Cuma satu aku nk nyatakan…pada dia ni
“tolong pandang belakang kehidupan kau sebelum ni dan nilai dahulu pada diri sebelum menilai org lain…rasakan pada diri kau sebelum kau pandang semua orang bodoh di hati kau!”
(tapi bole ke aku nyatakan?dia akan sedar diri ke sebelum pencen atau mati nnt????)
wallahu'alam
Terus aku call darling aku…
aku geram sangat2!!!
Thanx my dear Lam…
Kau pendengar terbaik!
Penasihat aku yg aku senangi.

Bad......TUESDAY MORNING...