Tadi aku jalan2 tengok blog2 bloggers...
Last2 aku terpikir untuk cari menu kesihatan
Sampai kat satu tajuk ni...Menu Sihat 7 hari..
Blogger dia ialah PuanBee & Lifestyle...
Aku baca dan amati...
(ooo..dia pun ada nyatakan sumber dari Remaja Karangkraf)
okey bagus da drastik sikit la pada aku...
TAPI......
kesan dia insyaallah kalau berDISPLIN mengamalkannya.
Hari 1 (Tiada nasi)
(buah + minuman yang sihat & semulajadi)
- Makan semua jenis buah kecuali pisang.
- Untuk minuman, pilih yang sihat dan semula jadi.
- Hindari minuman berkarbonat atau yang mengandungi kandungan gula yang tinggi.
- Jus tembikai rendah kalori ialah pilihan paling tepat, oleh itu pastikan kamu kerap mengambilnya.
- Selain itu, kamu disarankan makan sup.
Hari 2 (Tiada nasi)
(Sayuran berdaun hijau + sup + kentang putar tanpa mayonis & mentega)
- Semua jenis sayuran yang baik kecuali kacang pes dan jagung.
- Kamu TIDAK DIBENARKAN makan kacang panggang dan seumpama dengannya.
- Makan sehingga kamu sendiri puas dengan rasa sayur itu.
- Paling disyorkan sayuran berdaun hijau.
- Makanlah sebanyak mana sup yang kamu mahu.
- Sebelah malam pula,makan kentang putar dalam hidangan besar.
- Amaran penting,lupakan mentega dan mayones.Gantikan dengan sedikit garam dan lada hitam sebagai perasa.
Hari 3 (Tiada nasi)
(menu hari 1 + menu hari 2 , tanpa kentang putar )
- Gabungkan menu hari pertama dan kedua.
- Tetapi tidak perlu kentang putar untuk pelan hari ketiga ini.
- Jika betul-betul mengamalkan diet ini, kamu sebenarnya sudah berjaya menurunkan berat antara dua kilogram hingga tiga kilogram.
Hari 4 (Tiada nasi)
(pisang + susu rendah lemak - ambil sebanyak mana mampu + sup)
- Makanlah pisang dan minum susu rendah lemak.
- Sebaiknya ambil tiga biji pisang dan minum susu sebanyak mana yang kamu mampu.
- Hari ini ialah hari yang sukar dalam pusingan diet tetapi kamu harus kekal berdisiplin demi menurunkan lebih banyak lagi kilogram.
- Kamu juga masih tidak boleh melupakan sup dalam hidangan.
Hari 5 (Tiada nasi)
(daging ayam / ikan + 6 biji tomato + sup)
- Hari untuk daging dan tomato.
- Kamu dibenarkan untuk makan daging putih(ikan atau ayam) antara 300 hingga 600gram,selain makan 6 biji tomato segar.
- Tomato sebenarnya membantu mencernakan protien dari mencuci pembinaan asid urik.
- Pengambilan sup sudah memadai diambil sekali sahaja.
Hari 6 (Tiada nasi)
(daging + sayur berdaun lain + sup, tanpa kentang putar )
- Kamu dibenarkan makan daging bersama sayur.
- Makanlah apa saja jenis stik kerana ia BAIK untuk kandungan JANTUNG.
- Tetapi JANGAN makan kentang putar.
- Sebaiknya, tumpukan pada sayuran berdaun.
- Sup tetap menjadi pilihan untuk melengkapkan menu.
Hari 7 – ADA NASI (dengan beras perang shj)
(NASI beras perang shj + jus buah kurang manis + sayur-sayuran + sup)
- Makanlah nasi menggunakan beras perang.
- Lengkapkannya dengan jus buah-buahan kurang manis dan sayur-sayuran.
- Kamu masih lagi disarankan untuk mengambil sup, sekurang-kurangnya sekali sehari.
apa pun Displin yg kuat perlu ada.
untuk aku...Selamat Mencuba...
hahahahaha.
(thanks to sumber...puanbee & lifestyle)
No comments:
Post a Comment