Semalam aku menonton telemovie
SKIZO di TV9 jam 8.30mlm
Pelakon – Yasmin Hani, Ungku Ismail Aziz dan Nabila Huda
Aku teruja dgn tajuk cerita ni…sebab tu aku tunggu dpn TV sebelum 8.30mlm
Awal cerita aku teruja sebab memaparkan pasangan suami isteri yg loving…then si suami- Azlan (lakonan Ungku Ismail Aziz) yg boleh menerima kenyataan si isteri-Aisyah (Yasmin Hani) yg tidak boleh mengandung dan mengalami tekanan atau skizofrenia. Apatah lagi Aisyah menjadi tertekan sehingga sering minta cerai apabila mak mertua dia (hamidah wahab) mahu anaknya kahwin lg satu bg mendapatkan zuriat keluarga.
Tengah cerita..aku jadi geram dgn sikap Suzana (Nabila Huda) yang mengganggu kehidupan Aisyah apabila si suami out station ke luar negeri. Suzana mengajar Aisyah ini utk menipu suami. Dgn bermodalkan kandungan yg dikandungnya yg dikatakan hasil hubungan luar nikah dgn boyfriend dia Shahrul, dia mengajak menipu dgn mereka tinggal sebumbung dan tipu kata Aisyah juga turut mengandung.dan apabila selepas melahirkan suzana akn lari dan anak itu akan dijaga sepenuhnya oleh Aisyah. Dalam tempoh mengandung bulan ke-7, setelah suzana meninggalkan Shahrul…Shahrul kembali semula dan minta RM100k pd Aisyah sbg ugutan utk memecahkan tembelang mereka berdua. Walaubagaimanapun Shahrul telah ditikam oleh Suzana yg cuba meghalang Aisyah ini dr jadi bendul dan bodoh utk mengikut kehendak Shahrul.
Sehinggalah selepas suzana keluar dr rumah itu selepas melahirkan bayi lelaki dan Aisyah menjaga menjaga bayi tersebut yg dinamakan Daniel. Namun begitu Aisyah sering didatangi gangguan jelmaan Shahrul yg telah mati dibunuh. Yg kerap kelihatan menjelma di dalam rumah. Keadaan ini mengganggu Aisyah ehingga terbawa2 ke mimpi. Sehingga satu malam… berlaku pergelutan antara Aisyah dgn Suzana yg muncul semula secara tiba2 kerana ingin mengambil semula Daniel dan bayi itu tercampak diruang laman dr tgkat atas rumah Aisyah. Aisyah cuba mencekik Suzana dan aksi itu dilihat oleh suami dan mak mertuanya. Mereka kata tiada sesiapa melainkan Aisyah di balkoni bilik itu dan Azlan menjadi fed-up akhirnya dgn Aisyah. Dan dia dibawa ke hospital psikatris.
Apa yg aku geram sangat dan cerita ni sangat unik + best…segala apa yg terjadi pada Aisyah adalah rancangan jahat yg dibuat! Rancangan jahat yg dibuat dan direka oleh Azlan (suami kpd Aisyah), Suzana (rupanya 2nd wife Azlan atas pilihan mak mertua Aisyah, emak mertua Aisyah dan jga Shahrul (yg rupa2 nya… adik kpd Suzana)!!!! Aaaarrrrgghh!!!semua skizo yg telah berlaku ke atas Aisyah adalah rancangan yg direka oleh mereka!!!! Mereka berja buat Aisyah betul tertekan shingga buat Aisyah konon2 skizo dan bg org lain percaya. Memang sakit hati dgn Azlan…aku punyalah bangga si suami yg tabah dan boleh menerima kenyataan kekurangan isteri pada awal dan tengah cerita..sampai nak habislah…tetapi..ending..dia PENIPU…bertopengkan syaitan. Apatah lg dgn 3 org lg tu…mak mertua, Suzana dan shahrul. Semua ni angkara nk kan harta Aisyah yg merupakan anak yatim piatu yg kaya raya.
Semua ni angkara nk kan harta Aisyah yg merupakan anak yatim piatu yg kaya raya. Dan kaya lah mereka setelah segala share Aisyah berpindah milik kpd 4 org tamak yg sanggup menyeksa jiwa raga Aisyah. Lagi mereka hepi hurarei apabila pihak hospital psikatri mengeluarkan surat dan mengesahkan Aisyah mengalami sakit SKIZOFRENIA.
Aku pun tak terfikir…ending cerita ni begini.sangat sakit hati…sangat geram sehingga aku terbayang2 lg sampai skrg muka kejam mereka setelah puas buat Aisyah tertekan shingga sanggup menipu utk buat Aisyah skizofrenia.
Harap2…tiada reality untuk perkara sebegini.
What comes around..will comes around….
Wallahua’lam.
No comments:
Post a Comment