SALAM AKU DAN SEMUA UNTUK SEMUA

SALAM...tidak mengira usia..bangsa dan darjat..blog ini utk semua berdasarkan pengalaman apa yg dilihat..dilalui..disentuh..didapati..akan disuratkan di blog ini dan menyampaikan yang tersirat dan kongsi bersama.
-sekian-

Pages

Tuesday, May 29

My Journey To The East

Da lama betul aku menyepi.hahahah..
tup tup...aku di luar KL. Holiday maaaaaa!!!!
Aku telah menghabiskan 5 hari aku di Kuala Terengganu dan hari ni baru mengadap PC kt ofis..mean masuk kerja semula lah tu. Aku sangka perjalanan dlm 6 jam jer…tapi  12jam!hahahaha…penat tak payah cerita..lapar memanjang shj  sepanjang perjalalan lapar memanjang. Paling syok bila aku da turun highway LPT..hehehe…kitorang turun kat Jabor dan aku x pernah sangka aku akan melalui laluan tepi pantai sepanjang perjalanan…melalui Cherating…Pantai Batu Buruk…Bandaraya Kuala Terengganu.
Kalau dah ke Terengganu mesti x lepas ke Pasar Payang. Tapi biasalah…kalau ber’shopping’ dgn lelaki ni mana boleh sama naluri nafsu nafsi shopping org perempuan. Sekejap sahaja aku ada kat Pasar Payang tu. Beli keropok keping dengan telur penyu. Aku tak banyak berjalan sangat tapi sempat mata jeling2 sutera Terengganu.*urgh!!!tensionnye xdpt sebat sebutir...huhuhu.
Kalau bab makan..memang puas! Sebab aku asyik dibawa pergi makan sokmo! Hahahaha!! Manalah  tak bertambah heavy weight aku ni. baru sampai Kemaman makan lebih 10 biji satar. Then makan laksam.Pergi pantai airport makan sotong celup tepung sepinggan…ikan kembung celup tepung…udang celup tepung. Makan F.O.C beb!! THANK YOU kak ani coz belanja makan…berkat ikhlas…aku kenyang sehari suntuk..hahaha.petangnya pula aku dibawa pergi rumah kawannya pula. Makan keropok lekor..pergh!menyengat rasa ikannya! Pergi bandar lunch makan sotong bakar pula.isy...sedap sangat! Keesokannya pergi pantai Telok Ketapang. Pekena seekor sotong celup tepung lagi! bila sarapan pagi makan nasi minyak dgn nasi dagang. tak lupa makan nasi gulai kawah kenduri orang kahwin.kat Selangor atau KL xder...kalau ada pun oarang buat niaga.pergh!memang super heaven kat sana. dah la di layan macam tuan puteri.ahaks!
Aku rasa kali ni ke Terengganu memang gila...GILER MAKANG! sampaikan bila mak aku call dia kata aku asyik makan jer...apa nak buat mak...semua ditanggung beres.maunye xnak tolak.rugi...rugi...rugi. hahahaha.
Perbezaan makanan Terengganu di Terengganu dan makanan Terngganu yg di jual di KL & Selangor sangat2 berbeza dan kepuasannya betul2 Hor LiAw!!!!hahahahaha.
asyik cerita makan jer...belum lg kisah aku belajar bahasa Terengganu.hahaha. 
Memang kena bahan jer lah aku ni...contoh:
rial - Rinngit
cucuh - balance duit
meh - persamaan / sepadan
pauh - mempelam
tubik - keluar
gomol - gaduh
supik - plastic bag
kepok - keropok
samah - 50sen
ooo...kalau nak di list kan terlalu banyak yg aku belajar. Sampai mengekik2 orang sekeliling menengok dan mengajar aku belajar nak fahamkan apa mereka cakap. Tapi yg penting aku ada semangat nak belajar.
Satu benda silap..aku xada camera.so certain gambar shj aku dpt tangkap.tu pon gambar aku dgn dia shj.
tak mengapa...bulan oktober nanti...aku akan datang sana semula.
apa pun..Jorney To The East sangat menyeronokkan dgn layanan semua pihak yg sangat2 baik terhadap aku.
dan Terengganu sentiasa di hatiku. Redang Island..my next vacation..insyaallah.

No comments:

Post a Comment